27 August 2013

CAMPURAN PELBAGAI JENIS MAKANAN SUNNAH 1) MADU- "Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam warnanya,didalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia".(Surah An-Nahl;69) 2) KURMA- Rasulullah SAW pernah bersabda "Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma di antara La Bataiha(dua tanah tidak berpasir di madinah) pada waktu pagi,maka racun tidak akan dapat memudaratkanya sampai petang". 3) KISMIS- Rasulullah SAW bersabda:"Biasalah memakan Kismis kerana dapat menghilangakan kepahitan,menghilangkan lendir,menyihatkan badan,mencantikan rupa,menguatkan saraf dan menghilangkan letih". 4) HABATUSSAUDA-Rasulullah SAW bersabda:"Dalam Habbatus Sauda adat ubat dari segala penyakit kecuali as-saam(kematian) HR.Bukhori dalam kitab at-Thibb 5) ZAFARAN-Digunankan dalam pengubatan oleh Nabi SAW.Rujuk kitab Thibbun Nabawi. 6) BUAH DELIMA-"Didalam kedua-duanya(syurga)juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan Delima".Al-Rahman 68 7) BUAH TIN- Riwayat dari Abu Zar R.A bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin,lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Kemudian baginda SAW bersabda"Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga,nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji,Oleh itu makanlah buah ini,Sesunguhnya dia menghentikan penyakit buasir,serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan".