17 October 2013

Tips kecantikan menggunakan uncang teh Tidak perlu wang yang banyak untuk kelihatan cergas dan cantik lagi sebaliknya anda hanya memerlukan uncang teh. Di sini, kami kongsi 3 tip kecantikan yang sangat senang dilakukan oleh anda dengan hanya menggunakan uncang teh. Spa wap teh Bawa kemewahan spa ke rumah anda dengan spa wap teh buatan sendiri. Hanya didihkan beberapa cawan air dan tuangkannya ke dalam satu mangkuk yang besar. Kemudian, letakkan satu atau dua uncang teh. Anda disyorkan untuk menggunakan teh hijau kerana lebih berkesan untuk antioksidan dan baunya yang memenenangkan. Selubungkan kepala anda dengan tuala dan dedahkan muka anda pada mangkuk tersebut selama 5 hingga 10 minit. Proses ini akan membuka liang roma anda secara semula jadi dan menganjalkannya. Surutkan mata bengkak Bancung dua uncang teh, kemudian perah keluar sedikit air daripadanya dan biarkan sejuk selama beberapa saat. Selepas itu, anda perlu baring di atas permukaan yang rata dan letakkan uncang teh pada kedua-dua mata dan tekan secara perlahan-lahan. Biarkan uncang teh pada mata selama 15 hingga 20 minit. Hasilnya, mata anda akan kelihatan lebih bertenaga dan tidak bengkak! Ini kerana asid 'tannic' dalam teh membantu mengecut mana-mana bengkak atau keradangan di kawasan mata. Betulkan kuku yang patah Satu uncang teh mampu menyelesaikan masalah kuku patah! Potong sebahagian kecil uncang teh anda dan keluarkan serbuk di dalamnyan. Kemudian, lekatkan potongan uncang teh yang kecil tadi pada kuku anda yang patah dan sapukan gam padanya. Proses ini biasanya mengambil masa antara 5 hingga 15 minit, jadi anda tidak perlu tergesa-gesa. Selepas kering, anda bolehlah gunakan pengilat atau pewarna kuku untuk mencantikkan kuku anda seperti biasa.

27 August 2013

CAMPURAN PELBAGAI JENIS MAKANAN SUNNAH 1) MADU- "Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam warnanya,didalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia".(Surah An-Nahl;69) 2) KURMA- Rasulullah SAW pernah bersabda "Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma di antara La Bataiha(dua tanah tidak berpasir di madinah) pada waktu pagi,maka racun tidak akan dapat memudaratkanya sampai petang". 3) KISMIS- Rasulullah SAW bersabda:"Biasalah memakan Kismis kerana dapat menghilangakan kepahitan,menghilangkan lendir,menyihatkan badan,mencantikan rupa,menguatkan saraf dan menghilangkan letih". 4) HABATUSSAUDA-Rasulullah SAW bersabda:"Dalam Habbatus Sauda adat ubat dari segala penyakit kecuali as-saam(kematian) HR.Bukhori dalam kitab at-Thibb 5) ZAFARAN-Digunankan dalam pengubatan oleh Nabi SAW.Rujuk kitab Thibbun Nabawi. 6) BUAH DELIMA-"Didalam kedua-duanya(syurga)juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan Delima".Al-Rahman 68 7) BUAH TIN- Riwayat dari Abu Zar R.A bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin,lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan.Kemudian baginda SAW bersabda"Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga,nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji,Oleh itu makanlah buah ini,Sesunguhnya dia menghentikan penyakit buasir,serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan".

05 April 2013

10 TIPS MENDIDIK ANAK SOLEH & SOLEHAH


1.                  Kiriman Al-Fatihah
      • Apabila teringatkan anak, bacalah Al-Fatihah. Hajatkan perkara        yang baik ketika "iyakanakbudu waiyakanastain ".

2.                  Bercakap dengan anak ketika anak tidur
      • Pandang wajah anak dan bercakaplah. Doakan perkara baik agar rohnya mendengar.

3.                  Solat hajat
      • Solat hajat dibilik anak. Supaya sentiasa dekat dengan anak
      •  
4.                  Minta dikasihani

5.                  Peluk anak selalu

6.                  Sentiasa memaafkan anak

7.                  Jaga tutur kata - kerana setiap kata adalah doa

8.                  Doa untuk anak
      • Baca ayat 40 Surah Ibrahim supaya keturunan tetap mengerjakan solat

9.                  Sentiasa mengingatkan anak agar menjadi anak soleh

10.              Niat yang baik untuk anak
      • Niatkan begini semasa membasuh beras
      • Allah lembutkan hati anak ..... untuk faham agamanya sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi "
      • basuh beras lawan jam sambil selawat ke atas Nabi Muhammad SAW

04 April 2013

Impian tahun ini....utk memulakan biz...

Dah lama x update blogger ni....skrg ade cun skit la...
hahaha.......penat gak..buleh berpinar mata...kepala bule sakit wooo....
ape lg mkn la ubat Panadol Actifast....pastu tido....
Sebenarnya dh lama ade blogger tp x la sehebat blogger yg lain....
skrg duk mengkodek kodek....cuba try kut2 bule wat bisnes melalui blogger ni...
bule kut.....bisnes mesti pasal mknan nye la....

raya thn ni nk wat biskut raya utk jual....
cookies famous amor ala mori, simpul kasih anggerik & kek coklat moist...
pastu, nk try jahit manit d baju raya........

Insyaallah...semoga tcapai yg dicita 2 kan......