15 December 2008

Resepi Penyembuh Dosa

Seorang Badwi datang kepada seorang doktor. Orang Badwi itu bertanya: “Apakah doktor mempunyai resepi untuk menyembuhkan penyakit dosa?”
Doktor itu menundukkan kepalanya sebentar sambil berfikir. Lalu dia menjawab “Dengarlah resepi ini, jika kamu kerjakan kamu akan mendapat penyembuhan daripada Allah”
Ambillah akar-akar kemiskinan dan jiwa kesabaran lalu digaulkan dengan serbuk fikiran dan dicampur dengan rendah hari dan kekhusyukan, kemudian ditumbuk semuanya dalam lesung taubat dan dibasahi dengan air mata, lalu di tempatkan dalam tempat rendah diri kepada Allah dan dimasak dengan api tawakkal kepadaNya.
Setelah digaul dengan sudu istighfar sehingga nampak taufik dan kehormatan diri. Kemudian pindahkan ke mangkuk cinta dan sejukkan dengan udara kasih sayang. Selepas itu ditapis dengan tapisan kesusahan dan ditambah dengan hakikat iman serta campurkan dengan takut kepada Allah.
Terus minum ubat itu selama hidupmu dan hatimu akan sembuh dari segala rungutan dan akan hilang rasa sakit dosa.

No comments: