16 October 2008

AWAS! CHIKUNGUNYA

Chikungunya adalah penyakit yang disebabkan oleh Virus Chikungunya yang berjangkiit melalui gigitan nyamuk Aedes. Nyamuk Aedes juga menyebabkan virus penyakit demam denggi.
Masa pengeraman bagi Chikungunya adalah dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaanya di antara dari 3 hingga 7 hari. Tanda tanda dan gejala penyakit Chikungunya adalah seperti demam panas yang kuat, sakit sendi terutama di hujung jari, pergelangan tangan, buku lali dan rasa ngilu pada tulang, ruam pada tangan, kaki dan badan, sakit kepala, loya dan muntah. Seorang pesakit boleh demam dari 1 hingga 7 hari (kebiasaanya 5 hari). Penyakit Chikungya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

Ari ni wamie sibuk dengan melakukan ACD di Kampung yg mempunyai ramai mangsa penyakit Chikungunya. Penat jugak le.. Nasib baik hujan aktiviti kami bersambung esok plak. Esok pagi pagi lagi kami sambung aktiviti ACD kat kampung berkenaan.

No comments: